**Winter 2012,

Mula-mula teringin nak ada kucing, nama da ada siap, "Orked" sebab ingat nak kucing betina.

Tetiba housemate nampak Qarafi post gambaq kucing debab gebu kat Alex Market, dan beberapa minit kemudian, Anis pun komen "Saya Nak!"

Sembang-sembang nak tengok budak tu, akhirnya janji nak jumpak di syari' port said. Masa tu Muhsin dukung si Ked, xdela nampak besaq sangat, tapi muka dia mak aih garang tak boleh belah. Sampai sekarang pun muka dia macamtu lagi. 

Muhsin kata dia bagi free je, cuma satu syarat tak boleh jual Ked kat orang lain. Dan sampai sekarang pun Anis masih pegang janji tu.

Masa dapat Orked tu, arwah Tok Wan baru je meninggal. Jadi sedikit sebanyak kehadiran Ked tu mengisi kekosongan hati, dengan gedik manja dia, kejap je dah sayang macam anak sendiri. Memang bahasakan diri Mummy dengan budak tu.

Dia pun attached tak sangga; pi dapuq masak dia teman, masuk toilet dia bukak pintu, pintu bilik tidur pun dia boleh bukak sendiri. Dan yang paling tak tahan bila dia buat muka kesian nak mintak Royal Canine. Aduhai sayang.


*** 

Spring 2012.

Biasalah, anak jantan. Bila dah cukup umuq tu mula la mintak nak cari pasangan hidup.



Jadi si mummy ni pun dengan harapan nak membina bait muslim untuk si anak post la kat Alex Market, sapa nak kawankan kucing dia dengan si Ked ni. 



Dari situlah mula kenal Kak Aini dari LA. Masa tu Kak Aini belum bukak kedai lagi. Dia bawak Amira, Yousseff (anak-anak dia) dan bakal menantu ke rumah. Ked dan isteri pertama (dia banyak bini) pun hidup dengan bahagia. Dan dari berbesan anak-anak kucing tu lah jadi rapat dengan keluarga Kak Aini sampai jadi macam keluarga sendiri.



Ked's son, all grown up. Tuannya bawak balik Malaysia jugak. Muke copy paste bapaknya.


***Malam Konsert Maher Zain.

Ked yang suka date dengan kucing jiran kat balkoni hilang entah ke mana. Agaknya angau dengan si Boo kucing sebelah sampai jatuh tingkat 4.


 Maknya jadi cam orang gila hilang anak.
Pusing semua syari' tak jumpak jugak. Makan tak kenyang, tidoq tak lena. Akhirnya lepas 3 hari dah edar poster dengn ganjaran baru dapat balik. Alhamdulillah budak tu sehat walafiat.

*summer 2013

Musim panas yang Anis putuskan untuk balik ke Malaysia. Patah balik ke Alex pun semata-mata sebab nak dapatkan si Ked tu. Dalam kekalutan dengan proses pindah dan siapkan semua dokumen Ked dalam masa seminggu, akhirnya dapat jugak peluk Ked lepas 2 bulan tak jumpak dia. Macam nak nangis tengok dia kurus je, lega ambik dia balik. Dan lepas masukkan Ked dalam sangkar, dan ucapkan selamat tinggal kepada bumi yang Anis sayang, Ked dan Anis pun mulakan hidup baru kat Malaysia.


*** malaysia

Ked balik kampung belah mak, yang memang kampung. Budak tu culture shock agaknya, balik tetiba sampai 30 ekor kucing lain kat rumah. Nak pijak rumput pun awkward semacam. Tapi lepas lama-lama jadi kampung boy sampai tak nak masuk rumah dah. Apa-apalah Ked asalkan hang bahagia.



*2015

Nampak Orked tak berapa sihat. Bawak dia pi vet, vet buat blood test and Xray, rupa-rupanya Ked ada cardiomegaly, ascites, dan leukimia. Patah hati Mummy anak sakit macamtu.



Sekarang pun kesihatan dia on and off, tapi sekurang-kurangnya selama lebih kurang 3 tahun dengan Orked tu, dah buat yang terbaik untuk dia, dan dah sayang dia dengan sepenuh hati.

*** penutup

Sebenarnya ada kucing ni, macam ada anak sendiri. Selama jaga Orked memang rasa macam ibu tunggal anak satu, uruskan makan minum dia, sakit demam dia, and our occasional picnics out. Dan walaupun anak kita tu tak sempurna, tapi kita terima seadanya sebab nama pun anak. 

Mummy sayang Ked.

Stay with me, sayang.


24 Julai 2015.

Ked passed away shortly before we returned home from our raya trip. Our neighbour found him, bitten by a snake. I came back only to see his grave.

Mummy hope I have loved you enough all these years Ked. Thank you for being with me through all these years.

Tunggu mummy kat syurga na, sayang?


Last picture of Ked taken by my mother